Tuesday, September 3, 2013

Celakalah Umar!

Suatu hari Saiyidina Umar bin al-Khattab dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Khalifah yang sangat terkenal ini baru sahaja memeterai perjanjian damai dengan pihak kristian di Baitulmaqdis.

            Ketika melintasi padang pasir, umar melihat sebuah khemah kediaman seorang wanita tua dan miskin. Umar memberi salam kepadanya.

            Setelah menjawab salamnya, wanita tua yang tidak mengenali saiyidina Umar ini bertanya; 'Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al-Khattab?'

            Umar menjawab: 'Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah.'

            'Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya,' doa wanita itu.

            Umar sangat terkejut. Beliau bertanya: Mengapa kamu berdoa seperti itu?'

            Ia menjawab: 'Sejak Umar memimpin, aku belum pernah menerima bantuan pun daripadanya.'

            Umar berkata lagi: 'Mungkin kerana Umar tidak tahu tempat tinggalmu yang terpencil di tengah padang pasir ini'.

            Wanita itu berkata: 'Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka seseorang menjadi pemimpin sesuatu negara, namun tidak mengetahui tentang semua rakyatnya.'

           Umar menangis dan meratap, 'Aduhai celaka Umar. Apa yang engkau katakan untuk menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?'

Sumber: Al-Muntazam


Kepimpinan bukan kelebihan tetapi amanah. Pemimpin wajib menjaga kesejahteraan setiap orang daripada rakyatnya tanpa terkecuali. Setiap hak yang dizalimi akan dipersoalkan di akhirat nanti.


Sunday, September 1, 2013

7 succesfull tips for a prayer

Bismillahi rahman ni rahim..

Ask yourself, after watched this short video

http://youtu.be/uWy9kYWLxus

Hasilnya, 100% diyakini membuatkan diri ini "terasa" sangat betapa kurangnya perasa atau maggi cukup rasa ataupun ajinomoto yg kaya dgn MSG nya dalam solat harian saya..

Ini merupakan satu pengajaran buat diri saya berkenaan solat. Memang saya tahu, solat itu bukan sekadar tertib dan tartil pada rukunnya, bukan sekadar pada bacaan arab nya tetapi ia merupakan latihan rohani yang merupakan syarat pelengkap utama jiwa kita.

Tetapi, untuk mengapai tahap yang dikatakan boleh menyentuh jiwa kita atau dengan kata lainnya khusyuk dalam solat, dengan rasa penuh berdosa dan rendah diri, sy mengaku sy boleh belom mencapai tahap 100% khusyuk dalam solat. Kemungkinan dalam 50%? tak pun sekadar 20%... astaghfirullahal adhzim.. keras sgt hati hambaMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah..lekas tersedar sebelum tak sedarkan diri for eva n eva. Hihi..This video is amazing. The first introductory part of this video pun dah terus membuatkan saya tersentap dan terfikir dan i can't answer the questions given.

Let's recall our last prayer today? Don't you remember?

Do you ever remember the surah after al-fatihah that you've read in your first rakaah?

Do you ever planning on what surah do you want to recite in your prayers?

And how do the surah reflects yourself?

(...)

Failed! epic failed!
Gagal Berhenti


Next question plz...

Q:Do you ever think what for is your wudhu' is?
A: For a prayer

macam tu aja? masa tu saya cuma fikir ambik air sembahyang untuk solat lah. Tengok, permainan dia, sy dah terperangkap..terperangkap dekat kantoinya itulah level iman sy yg sebenar.. *tunduk terus depan laptop*

Oraite! hidup perlu diteruskan..sambung balik menaip..

Actually, we can gain more rewards from our intentions on wudhu'.. from 1 answer i gave on that question, he gives me 4! MasyaAllah..betul-betul memberi pengajaran..

And the rest of the answers, you all can see by watch the video above. Its really worth watching it.

Let's share, Let's spread. So we can be a better muslim (muslimah for sure!)



hv fun, as-salam.


Sponsored by: