Tuesday, September 3, 2013

Celakalah Umar!

Suatu hari Saiyidina Umar bin al-Khattab dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Khalifah yang sangat terkenal ini baru sahaja memeterai perjanjian damai dengan pihak kristian di Baitulmaqdis.

            Ketika melintasi padang pasir, umar melihat sebuah khemah kediaman seorang wanita tua dan miskin. Umar memberi salam kepadanya.

            Setelah menjawab salamnya, wanita tua yang tidak mengenali saiyidina Umar ini bertanya; 'Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al-Khattab?'

            Umar menjawab: 'Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah.'

            'Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya,' doa wanita itu.

            Umar sangat terkejut. Beliau bertanya: Mengapa kamu berdoa seperti itu?'

            Ia menjawab: 'Sejak Umar memimpin, aku belum pernah menerima bantuan pun daripadanya.'

            Umar berkata lagi: 'Mungkin kerana Umar tidak tahu tempat tinggalmu yang terpencil di tengah padang pasir ini'.

            Wanita itu berkata: 'Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka seseorang menjadi pemimpin sesuatu negara, namun tidak mengetahui tentang semua rakyatnya.'

           Umar menangis dan meratap, 'Aduhai celaka Umar. Apa yang engkau katakan untuk menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?'

Sumber: Al-Muntazam


Kepimpinan bukan kelebihan tetapi amanah. Pemimpin wajib menjaga kesejahteraan setiap orang daripada rakyatnya tanpa terkecuali. Setiap hak yang dizalimi akan dipersoalkan di akhirat nanti.


No comments:

Sponsored by: