Tuesday, September 3, 2013

Celakalah Umar!

Suatu hari Saiyidina Umar bin al-Khattab dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Khalifah yang sangat terkenal ini baru sahaja memeterai perjanjian damai dengan pihak kristian di Baitulmaqdis.

            Ketika melintasi padang pasir, umar melihat sebuah khemah kediaman seorang wanita tua dan miskin. Umar memberi salam kepadanya.

            Setelah menjawab salamnya, wanita tua yang tidak mengenali saiyidina Umar ini bertanya; 'Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al-Khattab?'

            Umar menjawab: 'Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah.'

            'Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya,' doa wanita itu.

            Umar sangat terkejut. Beliau bertanya: Mengapa kamu berdoa seperti itu?'

            Ia menjawab: 'Sejak Umar memimpin, aku belum pernah menerima bantuan pun daripadanya.'

            Umar berkata lagi: 'Mungkin kerana Umar tidak tahu tempat tinggalmu yang terpencil di tengah padang pasir ini'.

            Wanita itu berkata: 'Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka seseorang menjadi pemimpin sesuatu negara, namun tidak mengetahui tentang semua rakyatnya.'

           Umar menangis dan meratap, 'Aduhai celaka Umar. Apa yang engkau katakan untuk menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?'

Sumber: Al-Muntazam


Kepimpinan bukan kelebihan tetapi amanah. Pemimpin wajib menjaga kesejahteraan setiap orang daripada rakyatnya tanpa terkecuali. Setiap hak yang dizalimi akan dipersoalkan di akhirat nanti.


Sunday, September 1, 2013

7 succesfull tips for a prayer

Bismillahi rahman ni rahim..

Ask yourself, after watched this short video

http://youtu.be/uWy9kYWLxus

Hasilnya, 100% diyakini membuatkan diri ini "terasa" sangat betapa kurangnya perasa atau maggi cukup rasa ataupun ajinomoto yg kaya dgn MSG nya dalam solat harian saya..

Ini merupakan satu pengajaran buat diri saya berkenaan solat. Memang saya tahu, solat itu bukan sekadar tertib dan tartil pada rukunnya, bukan sekadar pada bacaan arab nya tetapi ia merupakan latihan rohani yang merupakan syarat pelengkap utama jiwa kita.

Tetapi, untuk mengapai tahap yang dikatakan boleh menyentuh jiwa kita atau dengan kata lainnya khusyuk dalam solat, dengan rasa penuh berdosa dan rendah diri, sy mengaku sy boleh belom mencapai tahap 100% khusyuk dalam solat. Kemungkinan dalam 50%? tak pun sekadar 20%... astaghfirullahal adhzim.. keras sgt hati hambaMu ini Ya Allah.

Alhamdulillah..lekas tersedar sebelum tak sedarkan diri for eva n eva. Hihi..This video is amazing. The first introductory part of this video pun dah terus membuatkan saya tersentap dan terfikir dan i can't answer the questions given.

Let's recall our last prayer today? Don't you remember?

Do you ever remember the surah after al-fatihah that you've read in your first rakaah?

Do you ever planning on what surah do you want to recite in your prayers?

And how do the surah reflects yourself?

(...)

Failed! epic failed!
Gagal Berhenti


Next question plz...

Q:Do you ever think what for is your wudhu' is?
A: For a prayer

macam tu aja? masa tu saya cuma fikir ambik air sembahyang untuk solat lah. Tengok, permainan dia, sy dah terperangkap..terperangkap dekat kantoinya itulah level iman sy yg sebenar.. *tunduk terus depan laptop*

Oraite! hidup perlu diteruskan..sambung balik menaip..

Actually, we can gain more rewards from our intentions on wudhu'.. from 1 answer i gave on that question, he gives me 4! MasyaAllah..betul-betul memberi pengajaran..

And the rest of the answers, you all can see by watch the video above. Its really worth watching it.

Let's share, Let's spread. So we can be a better muslim (muslimah for sure!)



hv fun, as-salam.


Tuesday, June 25, 2013

Hubbu itu cinta

Cinta itu ada dua macam...

Cinta Allah.

dan

Cinta makhluk


Adapun cinta Allah itu makin ditekan makin kuat cintanya pada Allah. Manakala cinta makhluk itu diumpamakan seperti seekor kucing yang bertemu dengan kucing yang lain lantas menceritakan kebaikan tuannya.

"Ya Allah, anugerahkan kepada kami akan rasa cinta Allah, cinta orang yang mencintai, amal perbuatan yang mendekatkan kami kepada cinta yang membawa kepada cinta Allah"


Mutiara kata Ustaz umar dari Indonesia (14062013 Masjid Muadz) sempena majlis ta'alim

moga diredhai Allah selalu. =)

Tuesday, June 4, 2013

Bismillahi rahmani rahim

Whenever you lose your hope, remember Allah is always there for you. He never denial you in any situations that you may thought that you can't cope.

Bermulanya satu peralihan ke kelompok baru. Namun, aku bersyukur menjadi insan yang baharu. Dibukakan hatiku melalui ketakutan maut, dipertemukan aku akan sahabat2 yang sudah lama mengenal Dia lebih dari apa yang aku kenal Dia. Sekadar basic. asas shj. Aku belajar mengenal Yang Maha Pencipta sebenar-benarnya dan mengenal Sang Maha Kuasa yang ada hak ke atas aku serta ke atas makhluk yang lain. Dan aku belajar menyayangi Rasulullah dan sahabat2 baginda sebenar-benarnya.

Teringat zaman itu, betapa aku jauh denganNya. Betapa aku angkuh dan sombong. Namun, peluang buat aku masih terbuka. Allah yang Maha Penyayang buat hamba-hambaNya. Aku menjadi manusia yang beriman namun:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-Ankabut : ayat 2-3)

Allah datangkan kita dugaan dan ujian, mengukur ketaqwaan kite padaNya..Ia boleh diumpamakan, mengukur rasa masakan..kita mencampurkan semua ramuan segar, rempah ratus terbaik dan semudah itu sahaja kite anggap masakan kita terbaik..cukup lemaknya, masinnya..ada manisnya..kepedasan dan seumpamanya..tapi kite tak pernah merasa masakan tersebut..

begitulah jua dugaan dan ujian. kite anggap kite kuat taqwanya, pada standard apakah kite menguji taqwa kite itu..kalau masakan tadi pada rasanya..kalu taqwa itu pula pada ujian yang hadapi..

Keyakinan kita pada Allah yang sangat kuat datangnya dari yakinnya kita akan setiap apa yang dibawa oleh islam itu benar..yakin dan beramal..kekuatan yakin dan banyaknya amalan kita  menjadi 'benchmark' akan sejauh mana kekuatan kita dari sudut keimanan.

Iman itu ada jauh dalam lubuk hati kita.

Ini boleh diumpamakan bila kite nak exam..kite study bagai nak rak..ada yang study carca marba..bezanya, pada jumlah usaha study. In the end, bila kite diuji dengan exam, org yg kuat study itulah org yg boleh handle ujian exam dengan mudahnya..kacang aje..berbeza dgn nasib yg satu lagi..bukan nasib si labu labi yer...

Begitulah jua bilamana ujian itu ditimpakan ke atas kita, dan bagaimana kite handle ujian itu lah merupakan termometer  iman kite. Orang yang kuat amalannya itulah org yg boleh handle ujian hidup dengan mudahnya..kacang aje..

Bukankah disitu menampakkan bahawa ujian hidup mengukur keimanan seseorang.

Ujian aku sangat berat..tak termampu nak tanggung

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya  (Surah Al-Baqarah : ayat 286)
Jangan risau, Allah swt telah meletakkan standard tertentu yang sesuai dengan kesangupan kamu. Allah swt memberi kite akan rasa keyakinan pd diri sendiri sbg seorang hambaNya yang soleh.

Mana mungkin Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia menetapkan SPM itu untuk yang sweet-12 kan..

Putus harapan. Tiada semangat. Rasa nak give up. Aku menjadi si pencari alasan yang gigih berusaha, ligat serta culas dalam mengagalkan diriku sendiri.

Pernah satu kali, rasa ini wujud dalam diri aku sendiri.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman (Surah Al-Imran ayat 139)


Nampak tak?Allah swt sedang memujuk hambaNya melalui moral support..seperti memberi lolipop pada budak yang sedang menangis.

Penyelesaiannya bagaimana?
Sabar dalam ujian itu. 

Kata nak lulus ujian memandu, kenelah sabar waktu kene tengking2 masa belajar memandu dulu atau kalau dapat JPJ gatal/bengis/strict kan?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Surah Al-Imran: ayat 200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' (Surah Al-Baqarah : ayat 45)

Apa yang aku dapat dari ujian ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. (Surah At-Taubah : ayat 111)

Sepanjang ujian dan dugaan ini, pada siapa harus aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal  (Surah At-Taubah : ayat 129)

Kalo tak dapat bertahan sangat?Rasa nak give up..
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.  (Surah Yusuf ayat 87)


one more last thing

Sentiasa bersangka baik.

p/s:noted!.as a reminder from a friend. till we'll meet again in jannah.Insha Allah.


Dia membantuku menulis melalui ilham http://pakarcinta.com/blog/kenapa-aku-diuji/


Sponsored by: