Friday, March 29, 2013

Berbaik sangka dengan Allah swt



Astaghfirullahal adhzim. Ya Allah, ampunkan dosa2 kecil dan dosa2 besar kami,amin


...



Satu dokumen yg penting buat diriku, sangat2 penting, hilang!


Misplaced agaknya..


Setelah penat mencari dan flash back di mana kali terakhir dokumen itu lesap dari pandanganku.

Hampa. Putus asa. Benci dengan diri sendiri. Tak jumpa..

Dari situlah, muncul satu lintasan hati yang menyebabkan hati dan rasa kesal terngiang-ngiang di monitor otak aku selama 2-3 hari selepas kejadian "dokumen penting".


Aku telah bersangka buruk pada Allah swt.  (aku sedih bila taip ayat ni)


monolog busuk aku berkata,"Tak jumpa dokumen, mesti aku tak dapat benda tu, agaknya Allah memang tanak bagi tapi....aku berdoa berharap dapat, jadi apalah gunanya aku berdoa".


Pang!


Sehari selepas kejadian "monolog busuk"

Aku dibawa di masjid muadz, insan terpilih ke majlis ilmu untuk mendengar ceramah
Habib Ali Zainal Abidin.


Antara intipati di bawah lembayung sayap malaikat pada malam itu adalah berbaik sangka pada Allah


antara yang dapat di catch up, satu hadis ada menyebut,


"sebelum meninggal dunia, berbaik sangka pada Allah"

meninggal dunia=mati.


kisah berkisarkan salah seorang sahabat nabi tercinta kita (pbuh) yg bernama Saidina Jabir bin Abdullah. Sahabat nabi ini dikatakan banyak mengalami insiden2 mukjizat kenabian secara private dgn Nabi Muhammad s.a.w


-makanan sepatutnya cukup untuk 8 orang, 100 orang boleh makan.
-unta tua yg slow jadi laju bila diketuk dgn tongkat nabi s.a.w
-Hak persahabatan dgn membantu sahabat melalui kepelbagaian cara (nabi s.a.w beli unta saidina Jabir sbb nk support kewangan sahabat baginda dan menghadiahkannya kembali)
*mn nk cari kwn mcm rasulullah s.a.w zaman sekarang ni...


Dan Saidina Jabir pernah mendengar akan Nabi saw bersabda 3 hari sebelum baginda wafat


"Diwajibkan seseorang bersangka baik pada Allah (Ketika sakit, ditimpa bencana dan musabah etc) dan wajib juga kita memperingatkan jiran tetangga, sahabat handai, kaum keluarga dan semua org terdekat dengan kita supaya bersangka baik pada Allah saat ditimpa sesuatu musibah"

Pabila Nabi saw memperingati sebegitu rupa, maka tak syak lagi akan ada segelintir manusia yang lalai akan terjerumus ke perangkap psikologi syaitan ini.


Lintasan buruk berlaku..Lalu jadilah kes macam aku. (sob2..sedih dan bertambah sedih memikirkan dosa  ini)


Harapan kita pada Allah harus selalu ada. Dari situ, aku belajar untuk menerima dengan ikhlas dan dengan yakin menyatakan ada hikmah di sebalik apa yg berlaku pada kisah "dokumen penting" itu. Dan paling penting, bersangka baik pada Allah walau apa jua keadaan.

sekian




Dan tuhan memanggil....



No comments:

Sponsored by: