Wednesday, March 12, 2014

Perseverance and performed your salah

In one of the lecture talk series by Mufti Ismail Menk, its really struck deep inside my heart.

what's the matter?

about your salah. did you know your salah?

the meaning is.


"When you know the meaning of your salah,
you will not want to stop and you will not want to get your head off the ground
because now you know
I am plugging in, with the One
whom I'm going to return to
because my Ultimate aim of existence is
to meet Him,
one day, that's all"

~Mufti Ismail Menk~


Allah saying in al-Baqarah:153

oh you who believe! seek help with patience perseverance and prayer; for Allah is with those who patiently persevere

Tuesday, March 4, 2014

Di mana DIA dihatiku


Basmallah dan doa penerang hati.

Saat Allah nak bentuk diri seseorang muslim ke arah kebaikan, saat kita ikhlas ingin berubah dan berusaha untuk berubah kerana-NYA..

Tika satu saat, kita akan diuji..sungguh ujian yg mengikut acuan apa yang Allah ingin kita jadi dan apa yg terbaik buat kita.

Aku minta agar hati aku hanya ada satu je..DIA..

Aku istighfar
Bersih hati aku ni..selalu tak sihat

Satu masa, hati aku jatuh
Adui..perasaan yg fitrah

Faham kan?

Tak perlu aku garap rasa tu di sini.
Tak cukup. Tak muat.

Aku ingat balik munajat aku dalam sujud solat harianku
Solat sunat ku tak byk..boleh kira

Adui. Mengeluh ku panjang. Tak habis
Untuk seketika. Aku hidup dalam penafian

Aku bilang. Jangan!
Ini cobaan
Rasa itu bisa hilang

Cara nak hilangkannya tak semudah menghilangkan karat di besi waja.
Ingat aku ada Allah.
Ingat doa aku. Dah ko mintak dulu2. Allah bg sekarang
Baru ko tahu rasa

Terima kasih Ya Latif Ya Kafi
Wahai tuhan yang maha lemah lembut, maha sempurna

Kau hadirkan rasa itu untuk tahu sejauh mana nilai DIA di hatiku
Di mana DIA dihatiku?


Wednesday, January 22, 2014

Life is hard

Dapat jiran baru. Dia tgh renovate bilik baru dia. OTW ke toilet. Tegur lah, konon2 nak berbaik2 lah kan..haha..

nama, asl, umor, female, sem ke bape, msc/phd?

dh dpt maklumat. share dan sambung hajat yg terbantut td.

sepulangan dr toilet, sy singgah balik dekat bilik jiran baru sy td.

"Hmmm...anooo...nama awak Anis ke Lisa?"

"Nisa...."

aiyaark..dua2 salah tp dekat2 lah dgn Nisa tuh. Malu sikit tp nasib baik

"Awk nama apa td?"

yes! 1 sama...seri..

p/s: kejadian mcm ni selalu kan, eh ke sy jer..tye mcm2..taaruf bukan main detail..sampai nk tao no ic..tp bile jupe balik geng2 usrah..eh..nm ap dh bdk ni..aiskh..


Tuesday, September 3, 2013

Celakalah Umar!

Suatu hari Saiyidina Umar bin al-Khattab dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah. Khalifah yang sangat terkenal ini baru sahaja memeterai perjanjian damai dengan pihak kristian di Baitulmaqdis.

            Ketika melintasi padang pasir, umar melihat sebuah khemah kediaman seorang wanita tua dan miskin. Umar memberi salam kepadanya.

            Setelah menjawab salamnya, wanita tua yang tidak mengenali saiyidina Umar ini bertanya; 'Wahai pemuda, apa khabar Umar bin al-Khattab?'

            Umar menjawab: 'Dia sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Madinah.'

            'Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadanya,' doa wanita itu.

            Umar sangat terkejut. Beliau bertanya: Mengapa kamu berdoa seperti itu?'

            Ia menjawab: 'Sejak Umar memimpin, aku belum pernah menerima bantuan pun daripadanya.'

            Umar berkata lagi: 'Mungkin kerana Umar tidak tahu tempat tinggalmu yang terpencil di tengah padang pasir ini'.

            Wanita itu berkata: 'Subhanallah. Aku tidak pernah menyangka seseorang menjadi pemimpin sesuatu negara, namun tidak mengetahui tentang semua rakyatnya.'

           Umar menangis dan meratap, 'Aduhai celaka Umar. Apa yang engkau katakan untuk menjawab ucapan wanita ini di akhirat nanti?'

Sumber: Al-Muntazam


Kepimpinan bukan kelebihan tetapi amanah. Pemimpin wajib menjaga kesejahteraan setiap orang daripada rakyatnya tanpa terkecuali. Setiap hak yang dizalimi akan dipersoalkan di akhirat nanti.


Sponsored by: